Love Meter

10 orang pertama akan dapat iklan facebook percuma di Media Wahana. Cepat!!!

Thursday, 3 March 2011

Apa itu CINTA?


Sungguh mudah mengatakan CINTA kepada seseorang. 

Tapi....... fahamkah kita apa itu CINTA???

Kalau kita tahu erti cinta, dah lama kita akan hurai maksud CINTA mcm karangan time exam sekolah...

memang susah kalau nak suruh hurai apa itu CINTA sebab dalam kamus dewan bahasa dan pustaka pun hanya bagi tahu CINTA itu adalah perasaan dan berperasaan... 

X ada pun maksud CINTA...

boleh kekasihmu hurai apa itu CINTA???
Kalau tahu pun, dia hanya akan kata CINTA itu adalah SAYANG.. betul x???

Jangan mudah terpedaya dengan kata-kata CINTA kalau anda x tahu apa itu CINTA...

RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL... :-)

CINTA & PERSAHABATAN


Zaman sekarang memang ramai remaja yang di lamun CINTA, tapi sedarkah kita bahawa hilang cinta boleh di ganti???

Tapi sedar x sedar kita kawan-kawan yang kita kenal sejak di bangku sekolah dulu dah pergi meninggalkan kita dari hari ke hari. 

Hari ini berapa orang kawan kita yang kita kenal dari bangku sekolah dulu masih contact kita? masih main sama-sama dengan kita, masih gelak sama-sama.... xada kan?? kalau ada pun seorang dua je..
Benar x kebanyakan remaja zaman sekarang hanya mementingkan CINTA berbanding PERSAHABATAN?

Begitukah kita???

Monday, 28 February 2011

Jika ia Sebuah Cinta...


 
Jika ia sebuah cinta… ia tidak mendengar, namun sentiasa bergetar.

Jika ia sebuah cinta… ia tidak buta, namun sentiasa melihat dan merasa.

Jika ia sebuah cinta… ia tidak menyeksa, namun sentiasa menguji.

Jika ia sebuah cinta… ia tidak memaksa, namun sentiasa berusaha.

Jika ia sebuah cinta… ia tidak cantik, namun sentiasa menarik.

Jika ia sebuah cinta… ia tidak datang dengan kata-kata, namun sentiasa menghampiri dengan hati.

Jika ia sebuah cinta… ia tidak terucap dengan kata-kata, namun sentiasa hadir dengan sinar mata.

Jika ia sebuah cinta… ia tidak hanya berjanji, namun sentiasa cuba memenangi.

Jika ia sebuah cinta… ia tidak hadir kerana permintaan, namun hadir kerana ketentuan.

Jika ia sebuah cinta… ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan, namun hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan .

Cara Untuk Kamu Mengetahui Kamu Mencintai Seseorang




 
12: Kamu bercakap dengan dia hingga lewat malam dan bila kamu tidur, kamu masih teringat padanya.

11: Kamu berjalan dengan perlahan sekali bila bersama dengannya.
 

10: Kamu rasa serba tak kena bila berjauhan dengannya.

9: Kamu akan tersenyum bila kamu mendengar suaranya.

8: Bila kamu memandangnya, kamu tidak nampak orang lain di sekeliling. Kamu hanya  nampak dia...

6 :Dia adalah segalanya yang kamu ingin fikirkan.

5: Kamu perasan kamu sentisa senyum apabila kamu memandangnya.

4: Kamu akan melakukan apa sahaja untuk membolehkan kamu berjumpa dengannya.

3: Semasa kamu sedang membaca ini, dalam fikiran kamu terbayang wajah dia sahaja.

2: Kamu begitu asyik memikirkan tentang dirinya sehingga kamu tidak perasan bahawa nombor tujuh hilang/tiada.

1: Kamu akan balik ke atas untuk memastikan adalah betul tiada no 7 dan kamu akan tergelak sendiri.

BUATLAH HAJAT KAMU SEKARANG. KAMU TAHU APA YANG KAMU PALING INGINKAN.....